Sepanjang hidup ini kita belajar dari ramai orang dan alam secara formal atau tidak formal. Guru yang pertama sudah semestinya ibu kita sendiri yang banyak mengajar dan memberi nasihat bagaimana mahu menjalani hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat.
tugasku kini sebagai guru
setiap hari membelek buku
jam tujuh sudah memandu
pulangnya nanti pukul satu
kerja cikgu memang begini
pulang kerja di tengah hari
tapi petang ke padang lagi
bertugas juga di hari cuti
guru ada bermacam ragam
guru jernih guru yang kelam
ada yang lucu siang malam
ada juga berperangai kejam
guru hanya seorang manusia
salah dan silap ada menjelma
boleh ditegur usahlah dihina
kalau bersalah dihukum juga
aku memang seorang guru
juga belajar daripada kamu
maknanya kita sama begitu
bersama-sama menjadi guru
Sampai sekarang dan bila-bila pun kita akan belajar. Di rumah, di surau, di kedai kopi malah belajar di internet juga. Siapa yang meminati blog pastinya belajar bagaimana cara blogging yang betul daripada sahabat blogger. Sebenarnya saya nak katakan, sahabat semua adalah guru kepada saya. Tak gitu ke?
No comments:
Post a Comment