Monday, June 6, 2011

SELAMAT HARI GURU



Sepanjang hidup ini kita belajar dari ramai orang dan alam secara formal atau tidak formal. Guru yang pertama sudah semestinya ibu kita sendiri yang banyak mengajar dan memberi nasihat bagaimana mahu menjalani hidup yang bahagia di dunia dan di akhirat.


tugasku kini sebagai guru



setiap hari membelek buku
jam tujuh sudah memandu
pulangnya nanti pukul satu

kerja cikgu memang begini



pulang kerja di tengah hari
tapi petang ke padang lagi
bertugas juga di hari cuti

guru ada bermacam ragam



guru jernih guru yang kelam
ada yang lucu siang malam
ada juga berperangai kejam

guru hanya seorang manusia



salah dan silap ada menjelma
boleh ditegur usahlah dihina
kalau bersalah dihukum juga

aku memang seorang guru



juga belajar daripada kamu
maknanya kita sama begitu
bersama-sama menjadi guru


Sampai sekarang dan bila-bila pun kita akan belajar. Di rumah, di surau, di kedai kopi malah belajar di internet juga. Siapa yang meminati blog pastinya belajar bagaimana cara blogging yang betul daripada sahabat blogger. Sebenarnya saya nak katakan, sahabat semua adalah guru kepada saya. Tak gitu ke? 

No comments:

background:url(' http://1.bp.blogspot.com/-xvP-c_wudtc/TyIIWO7hCyI/AAAAAAAAB20/zCPx3Ye60ic/s1600/tbb-bg.png') repeat; color:#D1EBEB; text-align: center; margin:0 auto; border-top: 1px solid #D1EBEB;